Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh guru pelatih ialah bagaimana beliau akan mengurus bilik darjah pada hari pertama beliau melangkah masuk ke bilik darjah untuk mengajar. Para pelajar secara langsung akan terus menilai guru yang akan mengajar mereka. Bagi mereka guru tersebut merupakan individu yang begitu asing buat
mereka dan mereka akan meneliti setiap gerak-geri guru pelatih tersebut sebelum mereka menunjukkan tingkah laku mereka yang sebenar. Sebagai seorang guru, anda perlu lebih bersedia dan merancang apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Elemen-elemen ini merupakan sesuatu yang akan membantu anda sepanjang sesi pengajaran. Bagaimanakah penampilan yang sesuai bagi seorang guru? Perlukah guru tersebut menemui pereka fesyen ataupun mendapatkan pakaian baru di butik-butik terkenal? Jawapannya tentu sekali tidak. Seseorang guru pelatih perlu menampilkan imej yang kemas, menyakinkan, tenang dan profesional. Apa yang dimaksudkan di sini ialah guru-guru pelatih wanita tidak perlu mengenakan hiasan dan solekan yang berlebihan-
lebihan dan bagi guru lelaki tidaklah terlalu kasual. Kronowitz (2004) mengatakan penampilan yang kemas dan profesional pada hari pertama seorang guru pelatih
melangkahkan kaki ke sekolah akan membantu guru tersebut untuk lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan realiti di sekolah. Perlu diingat, sebelum guru mengurus pelajar, guru perlu mengurus dirinya terlebih dahulu.
Blog Akademik
Thursday, October 4, 2018
Pengurusan Bilik Darjah
Subscribe to:
Posts (Atom)